PELAJARAN 1 : SAMBUNGAN

Pada minggu yang lalu, kita telah pelajari kalimah (perkataan) هَذَا dan هَذِهِ yang merupakan kata tunjuk kepada benda yang dekat; iaitu bermaksud 'ini'. Minggu ini kita akan berpindah ke kata tunjuk yang menunjukkan 'jauh' pula, iaitu 'itu'. Dalam Bahasa Arab, kalimah yang digunakan bagi menunjukkan maksud 'itu' ialah ذَلِكَ bagi isim muzakkar dan تِلْكَ bagi isim muannas.
Contoh ayat :
1) ذَلِكَ كِتَابٌ - Itu ialah sebuah buku.
2) ذَلِكَ قَلَمٌ - Itu ialah sebatang pen.
3) ذَلِكَ قَمِيصٌ - Itu ialah sehelai kemeja.
4) تِلْكَ سَيَّارَةٌ - Itu ialah sebuah kereta.
5) تِلْكَ مِرْوَحَةٌ - Itu ialah sebuah kipas angin.
6) تِلْكَ دَرَّاجَةٌ - Itu ialah sebuah basikal.
Sila latihkan /biasakan diri anda dengan menggunakan kedua-dua kalimah tersebut.
Begitu juga dengan ayat pertanyaan seperti yang telah kita pelajari pada minggu lepas, cuma tukarkan sahaja kalimah هَذَا kepada ذَلِكَ dan هَذِهِ kepada تِلْكَ .
Contoh :
1) هَلْ ذَلِكَ كُرْسِيٌّ ؟ - Adakah itu sebuah kerusi ?
2) هَلْ تِلْكَ حَمَامَةٌ ؟ - Adakah itu seekor burung merpati ?
Jawapannya sudah tentulah sama ada : نَعَمْ atau pun لاَ ...
Sekarang kita perhatikan contoh penggunaan kata tunjuk ini di dalam Al-Quran.
1) وَمَا يَسْتَوِى البَحْرَانِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ سَآئِغٌ شَرَابُهُ
2) ذَلِكَ دِينُ القَيِّمَةُ
3) هَذِهِ نَاقَةُ اللهِ