PELAJARAN 2 : الإسم المفرد والمثنّى والجمع

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pelajaran kita seterusnya ialah Isim Mufrad (satu), muthanna (dua) dan jamak (banyak/lebih daripada dua)

Berbeza dengan Bahasa Inggeris yang hanya mempunya 'Singular' dan 'Plural', Bahasa Arab mempunyai satu lagi tambahan iaitu isim yang menunjukkan kuantiti dua-sama ada dua buah, dua orang, dua eko dan sebagainya.

Semua perkataan atau isim yang diberikan di dalam pelajaran yang lalu adalah terdiri dari isim mufrad (satu) seperti قميص، سيّارة، بيت، حمامة dan sebagainya.

Bagaimana menukar Isim Mufrad menjadi Isim Muthanna ( مثنّى ) ?
Caranya mudah sahaja. Cuma tambahkan huruf alif dan nun pada penghujung setiap perkataan. Syaratnya huruf alif dimatikan dan huruf nun dikasrahkan (di baris bawahkan ).

Contoh :

Sebuah buku ( كِتَابٌ ) bertukar menjadi dua buah buku dengan tambahan huruf alif dan nun berbaris bawah ( كِتَابَانِ ).

Bagaimana dengan kalimah سَيّارَةٌ (sebuah kereta)? Ya, ianya akan menjadi dua buah kereta apabila ada huruf alif dan nun di akhir perkataannya ( سَيّارَتَانِ ).

Penambahan huruf alif dan nun bagi menunjukkan kuantiti dua, meliputi semua jenis isim, sama ada ianya isim muzakkar atau isim muannas.

Latihan ( sila muat turun lembaran kerja DI SINI )