PELAJARAN 1 : المذكر والمؤنث من الأسماء

Dalam pelajaran ini, kita akan belajar mengenal isim atau kata nama (nouns). Dalam Bahasa Arab, isim terbahagi kepada 2 jenis; iaitu isim muzakkar (اسم المذكر) dan isim mu'annas (اسم المؤنث). Isim muzakkar ialah setiap kata nama yang menunjukkan lelaki/jantan. Manakala isim mu'annas pula ialah kata nama yang menunjukkan perempuan/betina.
Untuk mengenali atau membezakan isim muzakkar dan isim mu'annas ini ialah dengan melihat kepada huruf ta' marbutah (تاء مربوطة) yang terdapat di hujung perkataan. Setiap isim (kata nama) yang berakhir dengan huruf ta' marbutah, ianya adalah isim muannas.
Contoh isim muzakkar :
1) بَيْتٌ - rumah
2) قَمِيصٌ - kemeja
3) سَرِيرٌ - katil
4) كُرْسَيٌّ - kerusi
5) مِفْتَاحٌ - anak kunci
6) مَكْتَبٌ - meja
7) قَلَمٌ - pen
8) نَجْمٌ - bintang
9) كِتَابٌ - buku
10) مَسْجِدٌ - masjid



Berikut adalah contoh isim mu'annas :
1) مِرْوَحَةٌ - kipas angin
2) سَيَّارَةٌ - kereta
3) حَمَامَةٌ - burung merpati
4) مِسْطَرَةٌ - pembaris
5) دَرَّاجَةٌ - basikal
6) حَقِيبَةٌ - beg
7) وَرْدَةٌ - bunga mawar
8) نَظَّارَةٌ - cermin mata
9) بَطَّةٌ - itik betina
10) طَائِرَةٌ - kapal terbang


Sekarang, baca dengan lancar ayat-ayat di bawah :
1) هَذَا بَيْتٌ - Ini rumah / Ini sebuah rumah.
2) هَذَا قَمِيصٌ - Ini kemeja / Ini sehelai kemeja.
3) هَذَا سَرِيرٌ - Ini katil / Ini sebuah katil.


4) هَذِهِ مِرْوَحَةٌ - Ini kipas angin / Ini sebuah kipas angin.
5) هَذِهِ سَيَّارَةٌ - Ini kereta / Ini sebuah kereta.
6) هَذِهِ حَمَامَةٌ - Ini burung merpati / Ini seekor burung merpati.

Di dalam ayat di atas, pada pangkal setiap ayat 1-3, terdapat perkataan هَذَا dan pada pangkal ayat-ayat 4-6, terdapat perkataan هَذِهِ. Makna kedua-dua perkataan tersebut ialah 'Ini'. Perkataan هَذَا dan هَذِهِ berubah mengikut jenis isim (kata nama) yang kita sedang cakapkan. Sekiranya kita sedang cakapkan mengenai isim yang muzakkar, maka kita akan gunakan هَذَا tetapi jika kita sedang cakapkan mengenai isim mu'annas, kita akan gunakan هَذِهِ .

Oleh itu, adalah satu kesalahan sekiranya kita sebut/ tulis :


هَذِهِ كُرْسِيٌّ - هَذِهِ مِفْتَاحٌ - هَذِهِ مَكْتَبٌ


atau


هَذَا مِسْطَرَةٌ - هَذَا دَرّاجَةٌ - هَذَا حَقِيبَةٌ



Aktiviti Pengukuhan :


Seterusnya, kita adakan sedikit soal-jawab untuk mengukuhkan hafalan kita mengenai 20 isim yang telah kita pelajari sebentar tadi. Anda akan ditanya dengan ayat : .. هَلْ هَذَا atau .. هَلْ هَذِهِ yang bermaksud : 'Adakah ini... ?'
Sekiranya benar, jawablah : ... نَعَمْ ، هَذَا / هَذِهِ (Ya, ini ...)

atau sekiranya tidak benar, jawablah : ...لاَ ، هَذَا / هَذِهِ. (Tidak, ini ...)