PENDAHULUAN

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمد لله ربّ العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
،أمّا بعد
Pertamanya, saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana rancangan untuk memperkenalkan Kelas Asas Bahasa Arab untuk golongan yang belum mempunyai asas bahasa ini dapat juga dilaksanakan dengan jayanya. Penyertaan dan kehadiran pelajar pada hari pendaftaran atau hari pertama kelas diadakan adalah seramai 12 orang - 3 dewasa dan 9 kanak-kanak. Saya percaya pada masa akan datang, pertambahan peserta akan berlaku memandangkan masih terdapat beberapa pertanyaan daripada penduduk di taman ini.
Saya tidak berhasrat untuk membuka penyertaan ini dengan jumlah yang ramai kerana bimbang sekiranya objektif kelas tidak dapat dicapai dan bakal mendatangkan beberapa masalah lain.
Saya berharap semua peserta akan dapat terus sabar dan istiqomah bersama saya walaupun mungkin ada sedikit-sebanyak metodologi pengajaran yang saya gunakan kelihatan seperti kebudak-budakan (mengajar macam budak sekolah rendah).
Kepada Allah SWT saya berharap semoga usaha kita ini dikira sebagai ibadah di sisiNya. Amin Ya Rabbal Aalamin !
Haji Kamal bin Ismail
Imam 1 Surau Al-Hidayah, Bandar Warisan Puteri.