KATA NAMA (ISIM) JAMAK ( الإسم الجمع )

Dalam Bahasa Arab, kata nama jamak (plurals) terbahagi kepada 2, iaitu :

1) Jamak Saalim - terbahagi kepada 2 - jamak muzakkar saalim dan jamak muannas saalim

2) Jamak Taksir

Jamak Muzakkar Saalim ( جمع المذكر السالم )
Jamak Muzakkar Saalim ialah kata jamak yang menunjukkan banyak atau ramai khusus untuk kata nama (isim) yang membawa maksud untuk manusia atau sifat-sifat bagi manusia. Untuk menukarkan kata nama (isim) dari kata nama tunggal (mufrad) kepada kata nama jamak muzakkar saalim ialah dengan menambahkan huruf waw dan nun dimana waw berbaris mati manakala nun berbaris atas (fathah).

Contoh :

المسلمُ --> المُسلِمونَ

المُعَلِّم --> المعلِّمونَ