AL-FI'IL ( KATA KERJA )

Assalamualaikum w.m;

Di atas permintaan ramai, terutama adik-adik mahasiswa/wi yang sedang menuntut di universiti dan kolej-kolej yang menawarkan kursus Bahasa Arab, saya merasa simpati dan bersetuju untuk menghidupkan semula bolg Belajar Bahasa Arab ini. Ramai yang mengirim e-mel bertanyakan tentang masalah penggunaan kalimah dan struktur ayat dalam Bahasa Arab.

Entry pertama, saya mulakan dengan tajuk AL-FI'LU ( tulisan dlm BA akan saya tuliskan kemudian ) atau Kata Kerja.

Al-Fi'il terbahagi kepada 3 bahagian; iaitu :

i) Al-Fi'il Al-Maadhi (menunjukkan perbuatan yang telah berlaku)
ii) Al-Fi'il Al-Mudhhori' (menunjukkan perbuatan sedang berlaku atau akan berlaku)
iii)Al-Fi'il Al-Amr (kata kerja menunjukkan perintah supaya melakukan sesuatu pekerjaan)

Al-Fi'il Al-Maadhi (Dalam Bahasa Inggeris : Past Tense)

Contoh :

(dia-lelaki) telah makan

(dia-lelaki) telah pergi

(dia-lelaki) telah menulis

(dia-lelaki) telah membaca

(dia-lelaki) telah tidur

(dia-lelaki) telah minum

(dia-lelaki) telah gembira

SYARAH/ KETERANGAN :

Kalau diperhatikan contoh-contoh di atas, semuanya terdiri daripada 3 huruf. Sebenarnya ada Fi'il Al-Maadhi yang terdiri daripada 4 , 5 bahkan 6 huruf, tetapi kebanyakannya adalah terdiri daripada 3.

Perhatikan baris (harakat) pada setiap perkataan (kalimah). Huruf pertama dalam semua contoh di atas adalah berbaris satu di atas (fathah). Demikian juga dengan baris pada huruf terakhir (huruf ke-3). Tetapi baris pada huruf ke-2, ada yang berbaris fathah dan ada yang berbaris satu di bawah (kasrah).

Dalam contoh di atas, makna (terjemahan) setiap perbuatan, saya tulis pada awalnya "dia-lelaki". Ini adalah kerana semua Fi'il Al-Maadhi di atas, pelakunya (BI : Doer) adalah lelaki ganti nama ke-3.

Sekiranya pelaku semua perbuatan (kata kerja) di atas ditukarkan kepada "dia-perempuan", apa yang mesti kita lakukan ialah dengan hanya menambahkan huruf Ta' Maftuhah yang berbaris mati (saakinah) pada huruf terakhir (huruf ke-3), tanpa mengubah baris asal ketiga-tiga huruf asal, maka jadilah Al-Fi'il Al-Maadhi yang menunjukkan pelakunya ialah seorang perempuan seperti berikut :

(dia-perempuan) telah makan

(dia-perempuan) telah pergi

(dia-perempuan) telah menulis

(dia-perempuan) telah membaca

(dia-perempuan) telah tidur

(dia-perempuan) telah minum

(dia-perempuan) telah gembira

PERHATIAN :

Semua contoh di atas menunjukkan pelakunya sama ada 1 orang lelaki atau 1 orang perempuan. Kalau pelakunya seorang lelaki, tak perlu tambahkan Ta' Maftuhah, kalau pelakunya seorang perempuan, cuma sambungkan sahaja huruf Ta' Maftuhah pada huruf terakhir Fi'il Al-Maadhi tadi.

Bagaimana kalau pelaku satu-satu perbuatan itu ialah 2 orang lelaki, atau 2 orang perempuan atau 1 lelaki dan 1 perempuan?

Ikuti Siri 2/2010 dalam posting akan datang.

Terima kasih. Selamat belajar Bahasa Al-Qur'an !